Wednesday, 27 February 2013

Kata Sendi Nama


Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata yang lain dalam ayat.Contoh kata sendi nama adalah seperti berikut:


Kata sendi nama
Penggunaan
Ayat Contoh
Di
Menerangkan tentang tempat atau arah
Saya tinggal di Kuantan.
ke
Menerangkan tentang tempat, arah yang dituju dan waktu.
Saya pergi ke pasar malam dengan kakak.
dari
Menerangkan tentang tempat, arah dan waktu.
Wei Chun berasal dari Miri, Sarawak.
daripada
Menunjukkan sumber, punca atau perbandingan.
Meja itu diperbuat daripada kayu.
kepada
Menerangkan penggunaan untuk orang dan benda abstrak.
Menyatakan bahagian.
Ayah memberi hadiah kepada abang.
untuk
Menyatakan kegunaan sesuatu.
Kek itu dibeli untuk adik bongsu saya.
pada
Menerangkan masa dan tempat.
Pada hari Ahad,ayah membawa kami sekeluarga berkelah di tepi pantai.
dengan
Menunjukkan bersama, cara, perbandingan.
Wei Lun menyapu dengan penyapu.

Sunday, 17 February 2013

Kata Adjektif




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimVFSwEFRYyVV3TNKmXN05jjG8HWZsuLZAXJNRuPcVMezYYj5YDfw6R58Rf38iOoay_VjpRR6LHt2uOjpyVg0tIhyphenhyphen85bGsMA_lGErtWxFw_Ovvf0DfNmkokE68q55wNtrIn4MTzH6nIZSo/s400/2.jpg


Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lamasungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
-          rasa
-          pandang
-          dengar
-          bau
-          sentuh
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.

Monday, 4 February 2013

Kata Kerja

Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau)


Imbuhan kata kerja

Terdapat empat imbuhan yang membentuk kata kerja, iaitu:
awalan kata kerjaakhiran kata kerjaapitan kata kerjasisipan kata kerja
meN-
beR-
teR-
di-
mempeR-
dipeR-
-kan
-i
meN-...-kan
beR-...-kan
beR-...-an
di-...-kan
meN-...-i
di-...-i
mempeR-...-kan
mempeR-...-i
ke-...-an
dipeR-...-kan
dipeR-...-i
tiada